Allahuakhbar - Tiada Janggut di Bakar, ada Janggut di Tanam..
Allahu, Bhai satu tulisan dan karkuzari yang sangat sangat
menarik oleh Ulama Muda yang berada di Madinah sekarang ini iaitu Ustaz
Farkhan Khann Da'ie,
Karkuzari Janggut.
Lihyah atau Janggut ialah Sunnah Nabi Saw...
Satu kali Jemaah keluar Dakwah di satu Masjid di kawasan
utara..bersama Jemaah ialah pak Mufti Hamed atau cikgu Hamed Penanti
(pakar debat)..
Pada malam itu seorang ustaz telah memberi tazkirah di masjid tersebut..
Ustaz itu janggutnya tiada..ada kesan kesan cukur, semasa
memberi ceramah dia telah melihat yang Jemaah Dakwah ada bersama dan
akan beriktikaf di Masjid itu.
Ustaz tadi sememangnya tidak menyukai dengan Jemaah Dakwah,
maka di akhir akhir tazkirahnya dia selitkan cerita kononnya untuk buat
lawak tetapi sebenarnya untuk menghina Jemaah Dakwah dan orang orang
yang berjanggut..dia seolah-oleh perlekehkan Sunnah Nabi Saw...
Setelah tamat tazkirah, Pendengar di beri peluang untuk bertanya kan Soalan,
Pak Mufti Hamed lalu bangun bertanya...
"Ustaz, ada sekali di satu kawasan di India berlaku
pergaduhan antara Muslim dan Hindu..mereka saling berbunuhan akhirnya
ramai yang telah mati..pemerintah telah menghantar tentera untuk
selesaikan masalah ini"
Setelah pergaduhan ditamatkan, askar askar dan pemerintah
telah menghadapi masalah bagaimana untuk mengebumikan dan menananam
mayat mayat yang bergelimpangan, oleh kerana telah diketahui umum, orang
Islam yang meninggal akan di tanam dan orang Hindu pula akan di bakar.
Pemerintah menjadi pening dengan ehwal ini, siapa nak di
tanam dan siapa pula yang nak di bakar, sebabnya susah nak asingkan
kerana ke dua-dua orang india tetapi berbeza Agama..
Akhirnya pemerintah membuat keputusan...yang ada janggut
kita kira sebagai Muslim..kita tanam..dan yang tak ada janggut..kita
kira dia Hindu..kita bakar...
Pak Mufti Hamed tanya lagi..
"Soalan saya ialah, kalau lah ustaz ada semasa didalam
pergaduhan itu..agak agak dengan keadaan ustaz yang tak da janggut
ni..rasa rasa Ustaz, ustaz kena tanam atau kena bakar...?
Dan sambung Pak Mufti Hamed lagi...
Saya tidak mahu memalukan Ustaz di depan orang, tetapi
Ustaz telah menghina Sunnah Nabi Saw, kekasih kami di depan orang
ramai...."
No comments:
Post a Comment