Apa yang kita faham dengan maksud "hamba"?
"Hamba" ni dalam bahasa mudahnya adalah orang yang hina dan tak punya apa apa pon. Saya ulang. TAK PUNYA APA APA PON. HINA.
"Hamba" tak layak untuk dapat apa apa pon. Tak layak untuk meminta apa apa pon.
"Hamba" ni WAJIB taat pada tuan dia. WAJIB! Tanpa beralasan. Tanpa mencari apa apa alasan.
Setakat ni faham?
"Hamba" wajib bersyukur dan berterima kasih atas apa yang diberikan oleh tuan dia. WAJIB!
Tau apa maksud "Ar Rahman" ?
Ar Rahman maksudnya Maha Pemurah.
Ar Rahim maknanya Maha Mengasihani.
Betapa Ar Rahman nya Allah itu kita INGKAR pon Dia bagi kita nikmat yang pelbagai.
Kita lakukan KEMUNGKARAN pon Allah bagi juga nikmat.
Tapi cuba cek semula.
Nikmat atau Istidraj?
Istidraj tu kelimpahan rezeki yang Allah bagi pada orang yang tak beriman. Rezeki tu la yang akan heret dia ke neraka.
Cuba cek ayat terakhir Surah Al Fatihah.
Surah Al-Fatiha, Verse 7:
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
The path of those upon whom Thou hast bestowed favors. Not
(the path) of those upon whom Thy wrath is brought down, nor of those
who go astray.
(English - Shakir)
(English - Shakir)
Allah nyatakan 3 perkara dalam ayat tu.
1. Jalan orang yang dikurniakan nikmat.
2. Jalan orang yang dimurkai.
3. Jalan orang yang sesat.
Agak agaknya kita punya "nikmat" selama ni nom berapa?
Berbalik pada konsep.
Dah tau kita "hamba", kenapa kita masih ingkar?
Dah tau kita "hamba", kenapa masih lalai dengan dunia?
Dalam Al Quran Allah kata apa?
"Tidak dinamakan dunia melainkan permainan yang sia sia".
Itu apa yang dinyatakan dalam Al Quran.
Allah kata pulun dunia atau pulun amal buat akhirat?
Kita sekarang ni pentingkan yang mana 1? Dunia atau akhirat?
Allahuakbar!
Kita ni namanya saja HAMBA tapi berlagak macam TUAN.
Tujuan hidup kita yang jelasnya cuma 2 perkara.
Yang pertama : beribadah kepada Allah.
Yang kedua : menjadi khalifah yang memakmurkan kehidupan di dunia ni.
Tapi manusia sekarang ni dah jauh dari agama, jauh dari sunnatullah, jauh dari syariatullah.
Yang paling takut sekali jauh dari Allah.
Allah suruh kita solat tapi kita tak solat.
Ada yang solat
tapi lalai.
Ada yang solat tapi masih buat dosa.
Ada yang solat tapi
masih sibuk buat maksiat.
Allah suruh puasa tapi ramai tak puasa.
Ada yang puasa tapi masih mengumpat.
Masih ada yang tak tutup aurat.
Allah suruh tutup aurat tapi masih ramai lagi yang degil.
Pakai tudung tapi baju ketat, berseluar jeans ketat, baju pendek, dada
nampak.
Bagi mereka tutup aurat hanya bertudung!
Allah kata jangan dekati zina.
Tapi berapa ramai yang
couple?
Berapa ramai yang keluar berdua duaan dengan lelaki?
Berapa
ramai yang bangga upload gambar dengan bukan mahram?
Berapa ramai lagi
yang update status dengan hubungan haram?
Kecewa, sedih, bahagia dengan
hubungan haram?
Punyalah "hamba" yang sepatutnya taat ni ingkar.
Sungguh ummat ini sedang sakit.
Kata Rasulullah saw "bilamana Islam itu asing pada sesuatu zaman, maka kiamat akan datang ketika itu".
Kata ulama kita sudah berada dalam fasa ketiga akhir zaman.
Saya lihat manusia zaman sekarang dah jauh lari daripada konsep hamba.
Perbanyakkan baca makna Surah Qaff dan Surah Yasin.
Menggigil tubuh badan bila baca makna 2 surah tu.
Kita semuanya hamba yang ingkar. Mengaku "hamba" tapi jauh menyimpang daripada konsepnya.
Hamba jenis apa aku ini ya Allah?
Al Fatihah untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment