Kisah dari seorang sahabat yang belajar di Uni Madinah
--
"Semua tutup buku dan simpan dalam beg. Saya cuma mahu sebatang pen dan meja yang kosong!"
Pelajar-pelajar terpinga.
"Hari ini kita ada ujian."
"Syeikh! Kami tak tahu pun hari ini ada ujian."
Beberapa pelajar mengangkat suara.
"Hatta saya juga tidak tahu hari ini ada ujian."
Balas syeikh selamba dan yakin.
Kertas diedarkan kepada setiap pelajar.
"Dengar, tulis, dan jawab semua soalan."
Kami diam dan menumpukan perhatian.
"Lagi 20 minit saya akan kutip kertas. Siap atau tidak bukan masalah saya."
MasyaAllah. Kami belum ulangkaji. Yang belajar dalam kelas
belum faham sepenuhnya. Apa lagi yang melekat di kepala. Teramat sikit.
Kebanyakan pelajar hanya diam dan menoleh kiri kanan. Memang tidak boleh jawab!
Kekeliruan dengan apa yang sedang berlaku membuatkan beberapa pelajar menzahirkan protes.
"Mengapa tidak beritahu dahulu nak buat ujian."
"Mana kami ingat apa yang syeikh ajar"
Tidak kurang pelajar yang risau markah mereka akan hilang begitu sahaja.
"Berapa markah ujian ini syeikh?" Soalan berulang-ulang walaupun syeikh sudah nyatakan bahawa dia tidak akan jawab.
Kertas dikutip. Kami pasrah. Mahu dikorek dalam otak sudah tidak jumpa.
Selesai kertas dikutip, syeikh ingin melangkah keluar.
Pelajar-pelajar masih tidak berpuas hati. Ditanya lagi syeikh itu dan
ini.
Wajah syeikh berubah.
"Inilah kamu! Inilah penuntut ilmu!"
Satu kelas tersentak dan diam.
Satu kelas tersentak dan diam.
"Dimana hafazan kamu? Dimana ulangkaji kamu? Apa selama ini
ilmu hanya bercampakan diudara tanpa mengisi minda kamu? Apa kamu mahu
esok ujian baru malamnya kamu ingin membaca?"
"Kamu bertanya berapa markah? Berapa markah? Sampai bila
ilmu yang kalian belajar ini bermatlamatkan markah? Sampai bila? Hanya
untuk ujian. Tidak kamu hafal, simpan dan terjemahkan
dalam kehidupan? Bukankah itu tujuan kamu ke sini?"
"Sungguh zaman telah berbeza. Hari ini semua terlalu mudah.
Semua dalam internet. Sofware-sofware kitab yang berlambak. Menyebabkan
kamu tidak berminat untuk bersungguh-sungguh menjaganya."
"Kamu akan balik ke negara kamu dan jadi ulama'. Apakah
kamu mahu ilmu kamu hanya pada internet dan sofware? Terputus bekalan
elektrik, terputus segala ilmu kamu. Begitu?"
Subhanallah. Terputus segala kata. Bagaikan batu besar menghempap kepala. Pengajaran penuh makna.
#peringatanbersama :')
No comments:
Post a Comment