Nikmat yang mana engkau dustakan
Allah tahu kita ini manusia yang jarang bersyukur
Allah tahu kita ini sukar beriman meski sudah ditampan dengan bukti-bukti dan kasih sayangNya
Bagaimana mahu merasai' adanya Allah, bukan kadar 'tahu' Allah ada.
Bukti yang jelas dari mikrokosmik(diri kita) sehinggalah makro kosmik(alam semesta)
sepatutnya sudah menterbeliakkan pandangan mata
dan hati kita,
moga tak terkatup lagi.
kita tahu,
Allah Maha Memberi Rezeki.
Allah Maha Memberi Rezeki.
apakah kita dapat rasa,
ketika kita masih bayi dalam perut ibu kita, betapa Allah menyalurkan rezeki dari salur ibu kita. kemudian sejurus kita lahir, sedang Allah mahu kita lahir, dia mengurniakan rezeki dari buah dada ibu kita. Tak putus-putus Allah memberi rezeki walaupun sudah membesar kita mulai tidak taat, mulai lupa janji kita padaNya yang tergenggam di genggaman kita.
bukan ibu bapa, kerajaan atau sesuatu kaum yang memberi rezeki pada janin ketika dalam perut ibunya!
kita tahu,
Allah Maha Mengetahui
apakah kita dapat rasa
Dia mengetahui kita memerlukan rezeki ketika kita berada dalam rahim ibu kita,lalu dia memberikannya pada kita. selama 9bulan tali itu menjadi asbab menyalurkan makanan pada kita. Dia tahu kelahiran kita , tali pusat kita dipotong , lalu Allah menutup saluran tersebut (tali pusat) yang menjadi laluan makanannya dan membuka saluran baru (mulut, kerongkong dan perut) lalu Dia memberi makanan kepada kita melalui buah dada ibu kita.

Dia tidak membiarkan kita tanpa rezeki. Dia mengetahui kewujudan air dalam tanah, lalu dia menjadikan tumbuhan berakar menyerap air. Dia mengetahui daun-daun hijau dan klorofil.. menyerap cahaya matahari, lalu dia menjadikan daun-daun hijau tumbuh ke arah cahaya matahari. semuanya kelak untuk kegunaan kita.
kita tahu
Allah Maha Bijaksana
tidakkah kita dapat rasa bijaksananya Allah yang mempertonton kehalusan kerja dan ketelitian dalam penciptaan pusat? begitu juga apabila kita melihat pengeluaran susu ibu yang sesuai dengan pembesaran kita, yang sebelumnya ia tidak ada. setiap bahagian tumbuh-tumbuhan, awan, .. gunung-ganang, tanah-pamah, haiwan-haiwan.... direkayasa dengan rinci sempurna. tidakkah kita rasa?

Allah Taala adalah Yang Amat Mendalam PengetahuanNya. Lihat dan rasa kepakarannya dalam pemindahan makanan kita dari ibu kita ketika kita berada dalam rahim. Ayah kitakah yang memindahkan? Lihat bagaimana susu terhasil daripada makanan yang dimakan ibu. ibu kitakah yang sendiri menghasilkannya?

Fikir dan rasa lah pula kita tentang penciptaan buah-buahan yang
berbeza padahal dari tanah, air, udara dan matahari yang sama.
Kita tahu
Allah Taala adalah yang Maha Mengasihani, kerna tanpa rezeki dariNya kita akan mati!
Lalu dia memberi rahmat kepada kita. Dia mendakap kita dengan rezeki ..Dia melimpahkan kita dengan kasih sayang dan kemulianNya.

Dia adalah yang Maha Mulia. kita dapat lihat dapat rasa rezeki ...yang dikurniakanNya melimpah ruah ke atas semua makhluk ciptaanNya, bahkan masih teralir kepada makhluknya yang memungkiri janji. Sekiranya seorang manusia menanggung sara hidup 10.... orang lain tanpa mengharapkan balasan, manusia akan menganggapnya sebagai seorang yang mulia. Tetapi bagaimana pula dengan Allah yang menjamin rezeki bagi kesemua umat manusia dan segala kehidupan?

Dia adalah yang Maha Memberi Petunjuk. Ketika kita melihat buah dada ibu kita yang dipenuhi susu sejurus dilahirkan, padahal sebelumnya ia tidak ada. Begitu juga bayi diberikan ilham untuk menghisap susu ibunya padahal dia tak memiliki ilmu apapun ketika itu. Dia tidak tahu susu ..boleh mengenyangkan, tapi Allah tahu! lihat pula biji benih yang adanya perlu ditanam, adanya pula yang hidup sendiri. tinggi rendahnya, kegunaanya telah diberi petunjuk oleh Nya.

Dia adalah Yang Maha Menghidupkan sesuatu. kita lihat kehidupan lahir dari benda-benda mati. kita lahir daripada ketiadaan kita sebelumnya. kelak.Di Mahsyar kita akan bangkit semula untuk dibuat perhitungan.

Allah yang menciptakan, Allah yang memberi rezeki,
kudrat alam(nature) tiada kuasa sedikitpun!

"(Kalaulah dia tidak memikirkan asal dan kesudahan
dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana
Kami mentadbirkannya). Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan dengan
curahan yang menakjubkan. Kemudian Kami belah-belahkan bumi dengan
belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan. Lalu Kami tumbuhkan pada
bumi biji-bijian.Dan buah anggur serta sayur-sayuran. Dan zaitun serta
pohon-pohon kurma. Dan taman-taman yang menghijau subur. Dan berbagai
buah-buahan serta bermacam-macam rumput. Untuk kegunaan kamu dan
binatang ternak kamu.
[`Abasa: 24-32]
Kita tahu.
adakah kita rasa?
adakah kita rasa?
Kita rasa,
apakah kita bersyukur?
..Usrah Hijrah bidadari..
..Tebarkan Cinta
..Tebarkan Cinta
No comments:
Post a Comment