Panjangkan dan sebarkan...buat semua wanita yg dikasihi.
Usrah Bidadari Bidadari syurga
Bagaimana menjadi muslimah 'High Class’
Motivate diri dengan mengatakan setiap hari,
“Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."
“Aku muslimah High Class, Aku ingin cari redha Allah. Aku ingin ke syurgaNya bersama orang yang aku sayang. Aku ingin berakhlak seperti akhlak ahli syurga."
Syurga itu mahal, di huni oleh orang-orang mahal (High Class dalam beriman dan bertaqwa kepada Allah). Bukan yang sebaliknya.
Bagaimana menjadi Muslimah High Class :
* Muslimah High Class adalah yang takut kepada Allah dan
RasulNya. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya.
Sangat ambil berat akan perintah Allah. Sangat takut akan marahnya Allah
kepada dirinya. Dia meletakkan Allah adalah keutamaan yang utama dalam
segala yang dia lakukan. Setiap perintah Allah cuba dipatuhi.
* Solat 5 waktu, menutup aurat, berbakti kepada kedua
ibubapa, rajin membaca Al-Quran dan menuntut ilmu, taat kepada suami,
mendidik anak dengan baik dan lain-lain lagi.
* Muslimah yang High Class itu yang setia. Setia dalam
banyak perkara. Terutama sabar dan solat. Setia dalam berpesan-pesan
kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran. Setia dalam
membaca Al-Quran walaupun pada permulaan dia letakkan target sehari
sehelai.
*Muslimah High Class setia dalam mencurahkan kasih sayang
yang High Class kepada ibubapanya, kepada suaminya, kepada guru-gurunya,
kepada sahabat-sahabatnya, kepada anak-anaknya dan kepada seluruh
manusia yang lain mengikut syariat yang digariskan dalam islam dan
mencontohi sikap Nabi Muhammad SAW.
*Muslimah High Class muslimah yang berani untuk mengambil
langkah untuk berubah. Dia berani untuk berubah walaupun perlu
menggunakan “analogi anak kecil” iaitu dari tidak pandai berjalan
sehingga menjadi pandai berjalan dan akhirnya pandai berlari.
*Jadilah yang terpilih dan memilih. Jangan jadi yang
terpilih tapi tidak memilih. Melangkahlah perlahan-lahan. Jika sebelum
ini tidak solat, sekarang sudah solat juga satu perubahan. Jika sebelum
ni bercakap kasar, sekarang berusaha sedikit demi sedikit untuk menjaga
tutur kata juga ialah satu perubahan.
*Muslimah High Class seorang yang tabah hatinya dalam ujian hidup. Allah menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita.
Allah menguji kerana Allah mempersiapkan kita untuk menjadi tabah dan menjadi perempuan yang berdikari, matang, kental jiwanya walau apa jua di hadapan. Allah mempersiapkan diri kita untuk amanah-amanah yang lebih banyak di masa akan datang.
*Muslimah High Class sedar, tahu, dan mahu. Dia sedar yang
akhirnya dia akan mati dan kembali kepada Allah. Dia sedar yang setiap
apa yang dia lakukan didunia akan dicatat samaada sebagai pahala dan
dosa. Kerana matlamatnya ingin bertemu dengan Allah, Rasulullah, dan
berbahagia selama-lamanya di Syurga.
Sama sama kita berusaha menjadi Muslimah High Class.
No comments:
Post a Comment