Di hadapan sahabat seperjuangan,
qudwah yang cukup baik
ditayangkan.
Doa rabithah menjadi penghubung hati.
Kesabaran yang cukup
tinggi menghadapi dugaan bersama mereka.
Suara dialun merdu selembutnya
menjaga adab bertutur.
Namun,Di hadapan keluarga,
Qudwah kau campak ke laut.
Suara meninggi 14 oktaf.
Barannya ibarat manusia yang punya iman senipis kulit bawang.
Barannya ibarat manusia yang punya iman senipis kulit bawang.
Amal
dengan ibu bapa tidak dilaksana.
Memandang ahli baitnya yang belum faham
akan jalan dakwah ini dengan jijik.
Judging.
Jahiliyyah belaka.
Neraka Jahannamlah tempat mereka.
Berasa syurga & neraka dia yang tentukan tempat manusia.
Sudah terlebih pasti sebelah kaki sudah berada di syurga.
Kerana amal
dakwahnya yang disangka sudah banyak.
Sedangkan hakikatnya menghampiri
neraka.
Kerana riaknya yang membusuk.
Kerana ahli baitnya dibiarkan
terkapai-kapai dalam jahiliyyah yang menyesakkan dada.
Kerana merasa
diri sudah cukup tawaduk.
Umat di luar sana bersungguh-sungguh engkau
tarbiyyahkan.
Engkau tajmi’kan.
Engkau berukhuwah fillah abadan abada.
Sedangkan umat yang berada di rumah,
kau tambahkan kebencian mereka
dengan jalan dakwah ini kerana sifat busuk kau itu.
Judgmental.
Padahal andai hati mereka disentuh, Disantuni
seeloknya,
Pasti akan mengalir bersama deru dakwah.
Sang daie yang
gagal.
Apa kau ingin digelar sang daie yang gagal?
Akukah sang daie yang
gagal itu?
Al-fatihah buat hati-hati yang mati 😔
No comments:
Post a Comment