Anekdot - Di Ruang Yang Kosong Itu...
Bilik itu masih sama. Ada meja. Kerusinya masih belum dialih.
Kabinet dan raknya juga masih di situ.
Kurangnya hanya satu.
Bilik itu sudah 'mati' rohnya.
Mewujudkan satu lohong kosong besar dalam ruang dada yang sempit ini.
Sakit!
Teringat saya satu pertanyaan seorang teman yang baru putus cinta kepada saya suatu ketika dahulu.
Dia: "How to mend a broken heart?"
Saya: "Leave yesterday. Move on."
Dia: "Cakap senang."
Saya: "Doakan dia yang baik-baik. Cuba untuk tak mengenang. Bukan dia
aje sumber bahagia kita."
Dia mencebik. Saya tertawa sudahnya.
Dia
teman baik saya. Kami sama-sama tahu bagaimana keadaan sebenarnya saya
melalui musim luruh itu. Putus cinta? Siapa yang tak pernah
mengalaminya? Namun bercakap pasca musim itu dengan teman yang sama-sama
mengharunginya memang 'poyo' kerana hakikatnya kami tahu sama tahu
betapa getirnya untuk 'bangkit'.
Hakikatnya?
Perpisahan memang perit.
Kerana yang
tinggal adalah kenangan yang sifatnya seperti penunggu; menenggek di
ingatan dan tak mahu pergi. Menghantui kita tanpa belas. Sesuka hati
mencuit emosi. Tanpa kawalan kita akan diadun perasaan yang
bercampur-campur.
Rasa sedih.
Rasa kehilangan.
Rasa mahu kembali ke zon gembira itu.
Sekali lagi.
Lucunya, saya tidak dalam zon putus cinta waktu ini namun entah kenapa serasa dejavu ini setiapkali melewati ruang kosong itu. Dan
kembali kepada soalan "how to mend a broken heart' itu dengan situasi
di ruang itu, saya sendiri tak mampu memberikan jawapan bila rasa
kehilangan ini akan pulih.
Kerana setiap kali
melewati ruang kosong itu, saya seolah-olah melihat mereka yang masih
bersama. Gelak tawa yang masih terngiang-ngiang ini, saya mohon untuk
kekal sedikit waktu lagi di kotak dengar saya. Sesekali, refleks kaki
ini akan menghala ke situ untuk ketemu lagi wajah-wajah yang liat untuk
dipadam terus. Dan ketiadaan mereka di situ membuat saya menyedari
mereka telah benar-benar tiada. Di sini.
Untuk seketika ini.
Mungkin jawapan untuk menghadapi perpisahan ialah untuk bertahan.
Kemudian
melepaskan 'mereka' yang telah pamit secara terhormat
itu perlahan-lahan. Satu demi satu. Bit by bit. Step by step. Membiarkan
masa sebagai penawar terbaik untuk pulih.
Dan
memanjangkan doa kepada DIA untuk teman-teman yang telah meninggalkan
ruang kosong itu, agar hidup baik-baik di luar sana. Tanpa putus
mengharapkan antara kita ini tidak akan melupakan sesama sendiri dan
akan bertemu dalam keadaan masing-masing setangga lebih baik dari
saat-saat berpisah dahulu.
Benarlah seperti firmanNya: Dan Kami (Allah) pasti akan menguji
kamu dengan secebis rasa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda,
kehilangan nyawa serta tanam-tanaman yang tidak menjadi. Dan
khabarkanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu
orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata; Sesungguhnya
kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya jualah kami akan
kembali. (al-Baqarah: 155)
No comments:
Post a Comment