Pertunangan berasal dari bahasa Melayu yang memiliki sama
erti dengan Khitbah dalam Bahasa Arab atau dikenali dengan istilah
meminang. Pertunangan, khitbah atau pinangan, iaitu satu ikatan
perjanjian yang berlaku di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk
mendirikan rumah tangga.
Khitbah dimaksudkan untuk menutup kesempatan bagi pria lain meminang perempuan yang telah dipinang.
Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak halal bagi kamu penjualan
di atas penjualan orang lain, dan tidak halal bagimu pertunangan di
atas pertunangan orang lain"
Tujuan Pertunangan
Pertunangan dimaksudkan untuk membuka ruang antara pasangan untuk saling
mengenal sebelum menikah, baik dari segi lahiriah maupun batiniah.
Dari Mughirah bin Syu’bah baerkata “Aku pernah melamar
seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang
demikian itu akan menimbulkan kasih saying antara kalian berdua’.” (HR
Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).
Dalam hal ini jumhur ulama’ membatasi anggota tubuh yang boleh dilihat hanya wajah dan kedua tangan.
Hanya Sebatas Perjanjian
Petunangan hanya sebatas perjanjian untuk mengadakan
pernikahan atau tidak mewujudkan pernikahan tersebut. Ertinya, pihak
masing-masing berhak untuk membatalkan. Namun bila tidak ada alas an
yang tepat, maka kedua belah pihak dilarang membatalkan. “Wahai
orang-orang yang beriman, tunaikan serta sempurnakan
perjanjian-perjanjian kamu” (5:1). Dalam hal ini, pihak yang diputuskan
dapat minta ganti rugi pada pihak yang memutuskan.
Sebelum seseorang lelaki ingin menghantar pinangan,
utuskanlah wakil untuk meninjau latar belakang peribadi wanita
pilihannya itu. Begitu juga sebaliknya bagi pihak keluarga wanita dalam
membuat keputusan untuk menerima bakal menantunya. Hendaklah diselidiki
dahulu diri lelaki yang hendak meminang itu tentang agamanya, fahamannya
dan soal-soal hubungan dengan ALLAH sebagai pokok utama.
Pertama: Adakah fardu ain si lelaki ‘benar-benar beres’
kerana suamilah tunjang yang bakal untuk mengajar anak-anak dan isteri
apabila telah mendirikan rumahtangga kelak. Memerhatikan pelaksanaan
ibadah lelaki yang meminang itu seperti sembahyang secara individu dan
secara berjamaah, juga mengenal pasti pekerjaan lelaki berkenaan.
Orang sekarang tidak lagi memandang soal-soal hubungan
dengan ALLAH sebagai pokok utama sejahteranya sesebuah rumahtangga.
Setiap kali berlangsungnya majlis merisik, perkara utama yang akan
ditanya ialah hal-hal kemewahan keduniaan saja sebgai syarat yang akan
mensejahterakan dan mengukuhkan rumahtangga. Tidak hairanlah apabila
selepas berkahwin, kehidupan anak-anak dan isteri terbiar tanpa
bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya. Akhirnya, anak-anak tidak
taat kepada ibu bapa dan isteri menjadi ‘Queen Control’ kepada suami.
Akhirnya, suami hilang hemahnya di dalam mentadbir rumah tangga menurut
hokum Islam.
Ibu bapa tidak boleh menolak pinangan seseorang lelaki itu
semata-mata kerana darjat yang rendah. Sebaliknya, mestilah menolak
pinangan seseorang lelaki itu apabila diketahui bahawa lelaki berkenaan
berakhlak buruk seperti tidak solah, atau tidak menjaga solahnya atau
berfoya-foya, berjudi sekalipun dia berpangkat dan mempunyai harta.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Sesiapa
yang mengawinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka
sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Jika datang
kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha
terhadapnya, agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu
menolaknya padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
Untuk mendapat keberkatan ALLAH, dari awal majlis peminangan lagi kita
mesti jaga adab. Keberkatan ALLAH ini tidak dapat hendak kita gambarkan
kerana hatilah yang akan terasa ketenangan itu. Kesannya bukan seminggu
dua, namun sampai ke hari tua.
Contohnya, orang pada zaman ‘salafussoleh’, rumah tangga
mereka berkat kerana dari awal peminangan lagi majlisnya sudah dijaga.
Namun, kalau dalam majlis peminangan itu, awal-awal lagi kita tidak
dapat menjaga syariat dan adab menurut Islam, sampai akhir hayat pun
mungkin rumah tangga itu Nampak ‘tidak cantik’, tidak bahagia. Ada saja
kusut masainya. Hati pun kadang-kadang tidak tenang untuk tinggal di
rumah dan inilah yang banyak berlaku pada hari ini.
Seterusnya, janganlah dibebani rombongan peminangan dengan
berbagai-bagai hantaran yang mahal-mahal. Contohnya, pakaian makanan,
buah-buahan, alat solek, beg tangan, kasut, cincin bertunagn, cincin
nikah dan cincin hadiah. Memadai dengan sbentuk cincin sahaja. Malah
Islam tidak pernah menyusahkan penganutnya dengan berbagai cara
demikian. APabila hantaran terlalu tinggi, hilang keberkatan rumah
tangga.
Harus diingat, yang paling layak dalam menentukan mas
kahwin, juga wang hantaran ini ialah diri wanita sendiri, kerana mas
kahwin itu memang haknya. Walau bagaimanapun, sekarang semua negeri
sudah menetapkan berapa ma kahwin untuk wanita tersebut apabila
berkahwin, boleh kita terima, tetapi sekiranya wanita tersebut hendak
menetapkan berapa mas kahwinnya kita perlu hormati.
Begitulah kehendak syariat. Sebab itulah dalam soal ini,
Rasulullah SAW memaklumkan kepada umat Islam bahawa mas kahwin yang
paling baik ialah yang terendah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:“Bermula yang terbaik
perempuan itu ialah yang terlebih murah mas kahwinnya." Sabda Rasulullah
SAW lagi yang bermaksud:“Sebesar-besar berkat pernikahan ialah yang
paling sedikit mas kahwinnya.” Baginda bersabda lagi yang
bermaksud: “Setengah daripada berkat perempuan itu iaitu segera
dipersuamikan dan segera rahimnya itu beranak dan murah mas kahwinnya.”
Kita patut mengetahui setengah daripada isteri Rasulullah
SAW itu hanya sepuluh dirham sahaja; sama nilainya dengan harga batu
pengisar tepung atau sebiji tempayan atau sebiji bantal di rumah
baginda. Sesetengah daripada para sahabat berkahwin dengan mas kahwin
hanya seberat sebiji buah kurma (lebih kurang lima dirham). Manakala
Said Ibnu Musayyab menahwinkan anak perempuannya dengan Abu Hurairah
berbekalkan mas kahwin sebanyak dua dirham sahaja.
Saidina Umar sangat melarang jika ada wali-wali perempuan
yang menaikkan mas kahwin anak gadis mereka. Katanya: “Tiada berkahwin
Rasulullah dan tiada mengahwinkan ia anaknya yang perempuan dengan isi
kahwin yang lebih daripada empat ratus dirham.”
Mas kahwin bukanlah semestinya hanya dengan wang atau emas permata,
ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan mas kahwin. Contohnya, ayat
dalam surah Al-Fatihah atau Al-Ikhlas, tidak kiralah seberapa banyak
yang dikehendaki.
Bagaimanapun, apa yang dinamakan sebagai hantaran tidak
wujud dalam Islam. Hantaran itu merupakan adat yang sepatutnya sudah
lama ditinggalkan. Ini adalah kerana hantaran itu sebenarnya akan
digunakan oleh pihak wanita untuk persiapan majlis perkahwinan. Jika
begitu halnya, hantaran tidak patutlah diminta kepada bakal menantunya.
Kecuali bakal menantunyahendak member hantaran, boleh kita terima,
inilah cantiknya ajaran Islam dan ada hikmahnya.
Pada hari pertunangan, hendaklah digalakkan kedua-dua pihak
yang bertunang agar memperkuatkan agamanya dan bersikap zuhud (bukan
buang dunia, tetapi hati tidak terpaut kepada dunia). Hendaklah
bersama-sama berazam di atas satu dasar hidup iaitu qanaah, memadai
dengan apa yang telah ada tanpa rasa tamak.
Adab pertunangan dalam Islam
Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan
dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati
Allah SWT. Adapun adab-adab semasa bertunangan bolehlah dibahagikan
kepada 2 bahagian:
1. Adab dalam bergaul
Maksud bergaul disini ialah pertemuan, perbincangan atau hubungan secara
langsung antara si lelaki atau perempuan dengan tunang masing-masing
a) Elakkan pertemuan yang sia-sia semasa dalam pertunangan.
Islam tidak memberikan kebebasan bergaul selepas meminang kerana
menjaga maruah wanita dan lelaki itu sendiri. Pertunangan yang diikat
bukanlah sebagai tiket yang membolehkan seseorang lelaki itu untuk
bergaul atau berdua-duaan dengan bakal isterinya. Kerana itu mereka
tidak boleh berdua-duaa dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada
peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta
bersama-sama.
Ingatlah hadis Rasulullah SAW:
“Tidaklah seorang lelaki itu bersendirian dengan wanita yang bukan mahramnya, melainkan ada orang yang ketiga iaitu syaitan.”
b) Lelaki hanya diberi peluang melihat dan meneliti wanita itu dalam
ruangan ‘aman’ dari fitnah social dan kerosakkan maruah. Walau
bagaimanapun, pertemuan dengan tunang diharuskan sekiranya mengikut
syariat. Lelaki hanya dibolehkan melihat pada muka dan kedua-dua
pergelangan tangannya sahaja dan tidak melihat bahagian aurat tunangnya.
c) Perbualan hanya sekadar menanya khabar, member maklumat,
memerima maklumat dan member nasihat. Perbualan atau perbincangan itu
mestilah sunyi daripada unsure nafsu syahwat. Hendaklah dijauhi
pertemuan yang tidak berfaedah untuk memadu kasih, benjanji mesra,
bercinta asmara dan sebagainya sangat dilarang atau haram hukumnya. Bagi
pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda.
Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik
mutlak dan boleh melakukan apa saja. Pergaulan yang melibatkan tunang
sama ada waktu melihat atau berbual hendaklah bersama muhrimnya.
Dilarang yang melihat tunang secara sendiri.
Rasulullah SAW telah meningatkan kita menerusi sabda
bagainda yang bermaksud: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan Hari
Kemudian, maka janganlah sekali-kali menyendiri dengan seorang perempuan
yang tidak disertai oleh mahramnya, sebab nanti yang jadi orang
ketiganya syaitan.”
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Tidak boleh
sekalli-kali seorang lelaki menyendiri dengan perempuan yang tidak halal
baginya, kerana orang ketiganya nanti adalah syaitan, kecuali kalau ada
mahramnya.”
2. Tempoh pertunangan
Pada hakikatnya Islam menggalakkan agar tempoh pertunangan
itu disingkatkan, ianya nagi mengelakkam daripada berlakunya sebarang
fitnah atau berlaku perkara-perkara yang tidak didugai dan ulama’
sendiri tidak menetapkan tempoh tertentu perkahwinanpertunangan, cume
rata-rata mereka lebih cenderung untuk memendekkan tempoh. Disini saya
sendiri cenderung kepada mempercepatkan perkahwinan kerana:
Dalam tempoh pertunangan yang lama, dibimbangi
tersingkapnya keaiban pasangan, atau peluang menghitung-hitung
kekurangan pasangan, yang boleh membawa putusnya hubungan pertunangan.
Kemungkinan juga ada orang yang menaruh perasaan dengki kepada pasangan
dan menabur fitnah yang tidak ada benarnya yang boleh membawa pada
pasangan itu sendiri.
Tempoh yang lama mungkin member peluang kepada orang lain
yang mungkin ada menaruh hati kepada salah satup pasangan dan berusaha
untuk memisahkan antara keduanya.
Dibimbangi kedua pasangan banyak melakukan dosa disepanjang
tempoh petunangan dengan kerapnya mengadakan pertemuan yang tak syarie.
Susah untuk menjaga batas aurat dan syarat ditemani oleh Muhram.
waALLAHualam.